Friday, January 22, 2010

AL-FATIHAH

CIKGU ROZAINI TUALANG TENAGA PENGAJAR MAHIDA 2000-2003 MENINGGAL DUNIA, DISEMADIKAN JAM 6 PTG 21.1.10. SAKIT BUAH PINGGANG

Saturday, January 16, 2010

MUDIR MADRASAH AL-HIDAYAH TOBIAR

Al-Muhtaram Syaikhuna Mohd Sidqy b. Hj. Ahmad Hafizohullah
Mudir Madrasah Al-Hidayah
Penaung Kumpulan Nasyid RIDA


Puan fairuz bersama anak2 Muna, Aufa dan Huda
Usrati al-HabibahADMIN RIDA :
PENGHARGAAN:
Kami ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang menyokong kami terutama PENAUNG KUMPULAN NASYID RIDA AL-FADHIL USTAZ MOHD. SIDQY DAN ISTERI, guru-guru Madrasah al-Hidayah, teman-teman seperjuangan yang banyak menyokong kami untuk terus memperjuangkan roh nasyid sehingga kini. Tidak dilupakan juga kepada kumpulan Khairan, Zulfan dan sebangainya yang sama-sama memperjuangkan roh nasyid agar terus mekar disanubari kita dan menjadi wadah perjuangan dibidang seni ini.

Saturday, January 9, 2010

Indahnya sungai jalan sungai korok changlih

Banjir yang berlaku sekitar kubang pasu November lalu

Sawah padi menghijau


juga banjir di kubang pasu sekitar November 2009


Menghayati Kekuasaan Allah melalui penciptaan alam..www.iLuvislam.comoleh : belalanghijau
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang….. “Demi matahari dan cahayanya di pagi hari, dan apabila bulan mengiringinya, dan siang apabila menampakkannya, dan malam apabila menutupinya, dan langit serta pembinaanya, dan bumi serta penghamparannya, dan jiwa serta penyempurnaannya. Maka ALLAH mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya, kaum Thamud telah mendustakan (rasulnya) kerana mereka melampaui batas, ketika bangkit orang yang paling celka di antara mereka, lalu Rasul ALLAH (Saleh) berkata kepada mereka: Biarkanlah unta betina ALLAH dan minumannya, lalu mereka mendustakannya dan menyembelih unta itu, maka TUHAN mereka membinasakan mereka disebabkan dosa mereka, lalu ALLAH menyama-ratakan mereka dengan tanah, dan ALLAH tidak takut terhadap akibat tindakan-NYA itu.”(Surah Al-Syams:1-15)
Surah ini diturunkan pada Nabi Muhammad s.a.w sebelum hijrah dan diklasifikasikan sebagai Surah al-Makiyyah. Ia mempunyai 15 ayat, 54 kalimat dan 247 huruf. Terdapat banyak pengajaran yang dapat diambil daripada surah ini. Antaranya ialah dorongan supaya manusia sentiasa memperhatikan, memikir dan mensyukuri segala bukti kekuasaan ALLAH yang mencipta pelbagai jenis ciptaan di alam ini.

Friday, January 1, 2010

Masalah sampah di Kedah selesai - Exco


ALOR SETAR, 01 Januari 2010: Masalah sampah yang menjadi perbualan hangat di negeri Kedah sebelum ini akan diatasi setelah pengambilan kerja-kerja pembersihan di swastakan kepada syarikat pelupusan sisa pepejal Environment Idaman (E-Idaman).Demikian kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pembangunan Luar Bandar, Membasmi Kemiskinan, Jalan Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Negeri Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi. (gambar)Katanya, syarikat ini telah mengambil alih tugas pembersihan dua belas Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang ada dalam negeri ini kecuali Majlis Daerah Yan yang masih dalam proses perbincangan untuk pengambilalihan tugas-tugas tersebut."Adalah sesuatu yang tidak tepat apabila ada sesetengah pihak mendakwa tahap kebersihan yang ada di negeri ini tidak berbeza seperti dahulu sedangkan tugas-tugas pembersihan yang telah dilaksanakan oleh syarikat tersebut adalah pada tahap yang baik."Sekiranya masih terdapat beberapa kawasan yang didapati tahap kebersihannya tidak memuaskan maka masyarakat boleh membuat aduan supaya tindakan bagi mengatasi masalah tersebut dapat dilakukan dengan segera," katanya.Menurut beliau lagi bagi membolehkan tugas pembersihan ini dilaksanakan dengan sempurna oleh E-Idaman maka perjanjian antara PBT dan syarikat tersebut telah disempurnakan pada 25 November yang lalu.Perjanjian fasa pertama yang telah dilakukan pada 27 Oktober yang lalu melibatkan PBT dan syarikat ini ialah Majlis Daerah Sik, Majlis Daerah Padang Terap, Majlis Bandaraya Alor Setar, Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Kulim-Hi Tech dan juga Majlis Daerah Kubang Pasu, katanya.

Kedah jadi pengeluar nanas Morris menjelang 2015 - Exco

ALOR SETAR, 31 Dis: Menjelang tahun 2015 Kedah akan menjadi negeri pengeluar nanas Morris utama negara apabila lebih daripada 4050 hektar tanah akan diterokai bagi membangunkan ladang tersebut oleh Kerajaan Negeri.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Sains dan Inovasi, Bioteknologi dan Pembangunan Usahawan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, beberapa buah daerah seperti Pokok Sena, Kulim, Kuala Muda dan Baling akan menjadi perintis kepada percubaan pertama projek yang akan dilaksanakan tidak lama lagi."Kerajaan Negeri telah mengenal pasti beberapa kawasan baru yang berpontensi bagi penanaman nanas jenis Morris ini.Nanas jenis ini menjadi pilihan kerana rasanya adalah lebih manis jika dibandingkan dengan nanas jenis MD2 yang kini menjadi permintaan utama di pasaran antarabangsa."Nanas Morris yang dikeluarkan di negeri ini kini sudah pun menerima permintaan dari Holland yang mengakui kualiti nanas ini.Copenhagen juga turut bersedia untuk menerima nanas ini dalam skala yang besar.Justeru itu persediaan awal bagi memastikan bekalan tersebut dapat memenuhi permintaan pasaran akan dilaksanakan," katanya.Menurut Amiruddin lagi para usahawan yang terdapat di negeri ini adalah digalakkan bagi mengusahakan tanaman nanas Morris ini bagi meningkatkan pendapatan mereka disamping menceburi bidang pertanian nanas yang ternyata mempunyai permintaan yang luas di pasaran."Kita mahu supaya Kedah akan muncul sebagai pengeluar utama pasaran domestik dan antarabangsa produk nanas Morris yang berkualiti dan memenuhi permintaan pasaran antarabangsa tidak lama lagi,"katanya lagi.

TAHUN BARU, SEMANGAT KERJA BARU


Happy New Year! Semoga Tahun baru ini kita semua mendapat lebih kerberkatan dan dilimpahi rezeki-rezeki yang halal dari illahi serta mendapat kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

ustaz lutfi amir